Sunday, September 13, 2009

Minggu Terakhir Ramadhan Eid Mubaraq


Minggu ini merupakan minggu terakhir umat islam berpuasa berbagai kenangan yang tercoret dalam hidupku...kehadiran orang istimewa dalam hidupku..juga dalam bulan ramadan ini.

Cerita pasal puasa teringat aku masa kecil ketika aku berumur 7 tahun dek kerana tak tahan cuaca panas aku sering berendam dalam kolah di bilik air. kerana suka sangat duk dalam bilik air menyejukan badan satu hari aku kantoi jugak dgn abah.Marah betul abah dengan aku katanya air dalam kolah mandian tu jadi tidak bersih kerana aku...tapi itu semua tinggal kenangan..abah dah tiada hampir 10 tahun..rindu betul dengan abah.apepun moga rohnya di cucuri rahmat dan aman di sana.

Satu lagi kenangan semasa aku kanak-kanak ketika aku mula mula belajar puasa ialah aku buka puasa sebab terkentut ,(ingat bila terkentut puasa boleh batal) bila aku cakap ngan  mak abis kena marah.

Kehadiran seseorang di awal ramadhan lalu juga memberi seribu makna buat diriku..Sayang aku amat menyayangi dirimu aku akan setia padamu harap kau juga begitu.




1 comment: