Thursday, May 6, 2010

Tarikan Nafas Terakhir

Tarikan Nafas Terakhir

Kini saat yang terakhir
Ku pinta maaf kepadamu
Jauh dari lubuk hatiku
Tak pernah ku dendam padamu

Bila engkau tak percaya
Ku rela korban jiwa raga
Kini saat yang penghabisan
Ku harap kau datang kepadaku

Berulang kali ku nyatakan
Aku sayang padamu
Berulang kali ku meminta
Peluklah belailah daku ohh

Itu tak pernah terjadi
Semua harapan belaka
Nafasku yang terakhir ini
Hanyalah ku tujukan padamu.

Tuesday, May 4, 2010

Mak hilang

Malam tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Lee mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.

Dari tadi gua tengok Lee hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Lu kena apa ni Lee?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Lee ni kira ngam juga la. Budak Pahang, umur tua sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.

"Mak gua hilang la.." - Lee berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat !!

"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Lee berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak network. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula. Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.


Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Lee berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Lee.

Gua cepat cepat bersyukur:

"Alhamdulillah...Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Lee membalas padu:


"Dalam sinki penteri."


"Binawe!"

MUG la Lee..MUG ..!!, pronunciation macam jahanam!

Sia sia gua berdebar. Baru masuk opis sudah bikin hati membara.

Thursday, April 29, 2010

Asyik Bisikan Hubah

Ku diserang geligis
Sewaktu tabir kasih kau terkuis
Nur bari berselirat

Rindu ragam
Rindu dendam
Rindu rawan

Terpegan ragaku
Terpatri jiwaku
Perasaan tak terlukis bahasa

Terpegun zahirku
Terkunci batinku

Aduh kau terpuja
Di kala malam hiba
Menjelma pun sudah
Di depan mata


Asyik Bisikan Hubah
Kau ufuk cahaya
Asyik Bisikan Hubah
Lontaran makna semesta
Asyik Bisikan Hubah
Cinta pesona
Asyik Bisikan Hubah
Dalam dada manusia

Asyik Bisikan Hubah
Kau sumber segala
Asyik Bisikan Hubah
Ruang mimpi alam fana
Asyik Bisikan Hubah
Bisikan hubah
Asyik Bisikan Hubah
Ke segenap rupa nyaw

Monday, March 8, 2010

Teruskanlah

Tiba tiba aku teringat senikata lagu ini...

Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali..

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta buta
Kebutuhan mu

Monday, February 15, 2010

Masjid kristal








Semasa menghadiri majlis kenduri sepupu sempat menyingah kat masjid kristal di kuala Treangganu..pergh cantik sehhhhhh

sempat berposing bagai ngan anak saudara gaga dan yus

Majlis perkahwinan sepupu di Treangganu.







Pergi kemajlis perkahwinan sepupu sebelah ayah di Treangganu bersama kakak,abang ipar dan anak saudara.

Thursday, February 11, 2010

DAJJAL

Koleksi dari fail khutbah JAKIM;

bismillaah

عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالَ فَقَالَ … إِنَّهُ شَابٌّ قَطَطٌ عَيْنُهُ طَافِئَةٌ … إِنَّهُ خَارِجٌ خَلَّةً بَيْنَ الشَّأْمِ وَالْعِرَاقِ فَعَاثَ يَمِينًا وَعَاثَ شِمَالًا يَا عِبَادَ اللَّهِ فَاثْبُتُوا قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا لَبْثُهُ فِي الْأَرْضِ قَالَ أَرْبَعُونَ يَوْمًا يَوْمٌ كَسَنَةٍ وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ وَسَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَذَلِكَ الْيَوْمُ الَّذِي كَسَنَةٍ أَتَكْفِينَا فِيهِ صَلَاةُ يَوْمٍ قَالَ لَا اقْدُرُوا لَهُ قَدْرَهُ … فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ بَعَثَ اللَّهُ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ فَيَنْزِلُ عِنْدَ الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ شَرْقِيَّ دِمَشْقَ … فَيَطْلُبُهُ حَتَّى يُدْرِكَهُ بِبَابِ لُدٍّ فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يَأْتِي عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ قَوْمٌ قَدْ عَصَمَهُمْ اللَّهُ مِنْهُ فَيَمْسَحُ عَنْ وُجُوهِهِمْ وَيُحَدِّثُهُمْ بِدَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ أَوْحَى اللَّهُ إِلَى عِيسَى إِنِّي قَدْ أَخْرَجْتُ عِبَادًا لِي لَا يَدَانِ لِأَحَدٍ بِقِتَالِهِمْ فَحَرِّزْ عِبَادِي إِلَى الطُّورِ وَيَبْعَثُ اللَّهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ … وَيُحْصَرُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ حَتَّى يَكُونَ رَأْسُ الثَّوْرِ لِأَحَدِهِمْ خَيْرًا مِنْ مِائَةِ دِينَارٍ لِأَحَدِكُمْ الْيَوْمَ فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ فَيُرْسِلُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ النَّغَفَ فِي رِقَابِهِمْ فَيُصْبِحُونَ فَرْسَى كَمَوْتِ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ يَهْبِطُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى الْأَرْضِ فَلَا يَجِدُونَ فِي الْأَرْضِ مَوْضِعَ شِبْرٍ إِلَّا مَلَأَهُ زَهَمُهُمْ وَنَتْنُهُمْ فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللَّهِ فَيُرْسِلُ اللَّهُ طَيْرًا كَأَعْنَاقِ الْبُخْتِ فَتَحْمِلُهُمْ فَتَطْرَحُهُمْ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ يُرْسِلُ اللَّهُ مَطَرًا لَا يَكُنُّ مِنْهُ بَيْتُ مَدَرٍ وَلَا وَبَرٍ فَيَغْسِلُ الْأَرْضَ حَتَّى يَتْرُكَهَا كَالزَّلَفَةِ ثُمَّ يُقَالُ لِلْأَرْضِ أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ وَرُدِّي بَرَكَتَكِ فَيَوْمَئِذٍ تَأْكُلُ الْعِصَابَةُ مِنْ الرُّمَّانَةِ وَيَسْتَظِلُّونَ بِقِحْفِهَا وَيُبَارَكُ فِي الرِّسْلِ حَتَّى أَنَّ اللِّقْحَةَ مِنْ الْإِبِلِ لَتَكْفِي الْفِئَامَ مِنْ النَّاسِ وَاللِّقْحَةَ مِنْ الْبَقَرِ لَتَكْفِي الْقَبِيلَةَ مِنْ النَّاسِ وَاللِّقْحَةَ مِنْ الْغَنَمِ لَتَكْفِي الْفَخِذَ مِنْ النَّاسِ فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ إِذْ بَعَثَ اللَّهُ رِيحًا طَيِّبَةً … فَتَقْبِضُ رُوحَ كُلِّ مُؤْمِنٍ وَكُلِّ مُسْلِمٍ وَيَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ يَتَهَارَجُونَ فِيهَا تَهَارُجَ الْحُمُرِ فَعَلَيْهِمْ تَقُومُ السَّاعَةُ (وَفِي رِوَايَةٍ: ثُمَّ يُرْسِلُ اللَّهُ رِيحًا بَارِدَةً مِنْ قِبَلِ الشَّامِ فَلَا يَبْقَى أَحَدٌ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ إِيمَانٍ إِلَّا قَبَضَتْهُ… قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ فِي خِفَّةِ الطَّيْرِ وَأَحْلَامِ السِّبَاعِ لَا يَعْرِفُونَ مَعْرُوفًا وَلَا يُنْكِرُونَ مُنْكَرًا فَيَتَمَثَّلُ لَهُمْ الشَّيْطَانُ فَيَقُولُ أَلَا تَسْتَجِيبُونَ فَيَأْمُرُهُمْ بِالْأَوْثَانِ فَيَعْبُدُونَهَا وَهُمْ فِي ذَلِكَ دَارَّةٌ أَرْزَاقُهُمْ حَسَنٌ عَيْشُهُمْ ثُمَّ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ). (مسلم) Dari al-Nawwas bin Sam'an r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. menyebut perihal Dajal serta menyatakan sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur; juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya sepotong dicampakkan jauh dari yang satu lagi, kemudian diserunya lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya - yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam Nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain lagi)." Nabi s.a.w., bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w., menjawab: "Empat puluh hari,- hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun dan hari yang kedua: Panjangnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa. " Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah, jika demikian hari yang panjangnya seperti setahun itu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w., menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan,"Baginda menerangkan lagi:"Semasa Dajal itu bermaharajalela Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya dipintu kariah yang bernama: Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s., lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta menggembirakan mereka dengan darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga; " Nabi s.a.w. menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya:

"Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hamba- Ku (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hamba- Ku yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi Nabi Isa dan pengikut-penqikutny a pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seratus dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutny a merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t. `hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa Kemudian Nabi Isa dan pengikut pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi. Tumbuhkanlah tanaman serta keluarkanlah buahmu dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi Untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w., bersabda: lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari qiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu. Nabi s.a.w., bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan secepat burung terbang dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik dan tidak benci serta tidak melarang - daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka, serta bertanya: `Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan din kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakkanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa
(Muslim)

Sukacita diingat bahawa hadis-hadis berkenaan dengan zahirnya Mahadi keluarnya Dajal dan turunnya Nabi Isa a.s., adalah hadis-hadis yang sampai kepada martabat hadis "Mutawatir", demikianlah ditegaskan oleh ulama hadis.

Akhir Umur Dunia:

Apabila sampai masa berakhirnya umur dunia ini, maka menurut ayat 65, Surah al-Zumar, ditiupkan Sangkakala: Tiupan yang pertamanya, lalu matilah pada waktu itu sekalian yang bernyawa yang ada di langit dan di bumi melainkan mereka yang Tuhan kehendaki terkemudian matinya; mereka itu - menurut keterangan hadis - ialah Jibril, Mikail, Israfil, `Izrail dan Malaikat-malaikat yang memikul `Arasy; dan yang terakhir sekali mati di antara mereka ialah `Izrail.

Setelah semuanya mati, dan segala urusan langit, bumi dan lain-lainnya berada hanya dalam genggaman kuasa Allah semata-mata maka menurut keterangan hadis Bukhari, Muslim al-Nasa'i dan Ibn Majah - Allah s.w.t. berfirman dengan firman-Nya yang bererti: "Di manakah raja-raja pemerintah bumi dahulu, di manakah orang-orang yang gagah garang di manakah orang-orang yang sombong takbur? " dan menurut ayat 16, Surah Ghafir, Allah Taala berfirman lagi dengan firman-Nya yang bererti: "Kepunyaan siapakah kuasa memerintah pada hari ini?" Allah Taala menjawab sendiri dengan firman-Nya yang bererti: "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Maha Perkasa kekuasaan-Nya.

Kemudian, menurut ayat 68, Surah al-Zumar, Tuhan perintahkan pula supaya ditiupkan Sangkala: Tiupan kali yang kedua, maka dengan serta merta sekalian yang mati kembali hidup dengan kuasa Allah yang kepada-Nya menurut ayat 28, Surah Luqman - Soal menghidupkan kembali sekalian yang mati itu dengan sekaligus; sama mudahnya seperti menghidupkan seorang sahaja! Setelah sekalian yang mati hidup kembali, mereka bangkit dari kubur masing-masing menunggu untuk menerima apa yang akan diperintahkan kepada mereka.

Sukacita diketahui, bahawa tiap-tiap seorang dihidupkan kembali mengikut keadaan yang ia berada padanya ketika ia mati dahulu, sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w., pada hadis yang berikut:


( عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيْهِ. (مسلم وابن ماجه)

Dari Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah beramal salih, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya" .
(Muslim dan Ibn Majah)
SodaqarRasulillah SAW.

Setelah sabit yang demikian, maka sudah semestinya tiap-tiap yang berakal fikiran, berusaha pada tiap-tiap saat hidupnya menjaga dan memelihara dirinya daripada melakukan sebarang kejahatan atau kederhakaan serta sentiasa beramal salih, supaya ia tidak mati melainkan dalam keadaan mematuhi perintah Allah, semoga ia
dibangkitkan Allah hidup semula dengan keadaan gembira dan bahagia.Amin.

Sunday, January 31, 2010

My hamster Robovoski dan Syrian





My hamster banyak dah jenis syrian ada 4 ekor,jenis Drawf 6 ekor dan jenis robovski 4 ekor.

Semua aku letak dalam aquarium cute tak?








Majlis doa selamat dan Cukur Jambul Muhamad Adib Akiem Zulkarnaen



Majlis doa selamat dan cukur jambul yang diadakan pada 29.01.2010 (jumaat) jam 8:40 malam .Majlis kecil kecilan di rumah nenek di muar.Moga anak papa akan menjadi insan yang berjaya di masa hadapan.

Tuesday, January 12, 2010

Aku letih dengan kehidupan ini...

Letih dengan kehidupan ini ...
Ya Allah berikan lah aku ruang untuk aku merasakan ketenagan dan kebahagiaan.
Aku bermohon padamu Ya Allah.

Monday, January 11, 2010